Koperasi Anak Kedah Berhad (No. Pendaftaran : K-4-07-87)
PENGENALAN
Koperasi Anak Kedah Berhad (No. Pendaftaran : K-4-07-87) didaftarkan pada 25 April 2013 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
KAKB dimiliki sepenuhnya oleh anak-anak Kedah dari serata dunia yang mempunyai rasa kecintaan kepada tempat tumpah darahnya.
Alamat berdaftar :
No. 1546 & 1546A, Tingkat 3, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
"DEFINISI ANAK KEDAH"
Menurut Undang-Undang Kecil KAKB, Anak Kedah ditakrif sebagai berikut:
“Individu yang lahir atau bermaustatin atau bekerja atau mempunyai tanah di Kedah atau mempunyai pasangan atau ibu bapa atau salah seorang darinya yang berasal dari Kedah.”
OBJEKTIF PENUBUHAN
Matlamat asal penubuhan Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) pada 25 April 2013 adalah bagi menambahbaik tahap pendidikan dan sahsiah anak negeri Kedah melalui program-program khas yang dirancang.
Pada tahun 2020, selepas 7 tahun, KAKB telah dijenamakan semula dan berhasrat untuk menjalankan rangkaian perniagaan yang memberi impak positif terhadap ekonomi rakyat Kedah dan Negeri Jelapang Padi.
Kini, tahun 2023, KAKB mengorak langkah menjalin persahabatan rakan strategik bersama Kedah Darul Aman FC.
VISI
Menjadikan Koperasi Sebagai Model Melaksanakan Agenda Pembangunan Ekonomi Rakyat.
MISI
1. Membina dan mengurus pembangunan dan tadbir urus KAKB yang cemerlang dan berdaya saing.
2. Menceburi dan menjalankan aktiviti perniagaan yang berdaya maju serta berimpak tinggi.
3. Membangun usahawan di kalangan ahli KAKB yang mampan.
4. Sentiasa meningkatkan keupayaan dan kecekapan kakitangan KAKB dalam mentadbir urus selaras dengan perkembangan semasa dalam teknologi yang terkini.
5. Meningkatkan status sosio ekonomi KAKB dan anggota dalam memastikan perkhidmatan dan produk yang berkualiti dapat disalurkan kembali kepada anggota.
HALATUJU KAKB
MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN AHLI
KAKB akan menggerakkan projek-projek berimpak tinggi supaya keuntungan tersebut dipulangkan kepada ahli-ahli.
PLATFORM MENYUMBANG KEPADA NEGERI
Menjadikan KAKB sebagai platform membangun ekonomi rakyat Kedah seterusnya menambahbaik perancangan-perancangan sedia ada terutamanya bidang pendidikan.
MENJANA PELUANG PERNIAGAAN BAHARU & TARAF HIDUP
Meneroka aktiviti perniagaan baharu yang boleh menjana pulangan tinggi kepada ahli dan menyumbang kepada taraf hidup lebih baik rakyat khususnya di Kedah.
SYARAT KELAYAKAN AHLI
1. Penduduk beragama Islam dalam kawasan operasi.
2. Warganegara Malaysia
3. Mencapai umur 18 tahun
4. Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi
5. Tidak hilang upaya mental
6. Bukan seorang yang bankrup
7. Tidak lagi berkuatkuasa sabitan
8. Tidak dibuang menjadi anggota dibawah akta atau suatu tempoh selama setahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan
KELEBIHAN MENJADI AHLI KOPERASI ANAK KEDAH BERHAD
1. Menyumbang kepada kesejahteraan negeri Kedah melalui projek-projek berimpak tinggi
2. Sasaran pulangan dividen yang kompetitif sebanyak 10% berbanding instrumen pelaburan lain.
3. Menjadi pelabur strategik dalam aktiviti perniagaan yang berdaya maju dan patuh syariah.
4. Platform bagi anak jati Kedah menyumbang balik kepada negeri Kedah
5. Pemilikan saham dalam sektor-sektor perniagaan baharu yang berpotensi besar seperti perlancongan sukan dan pengurusan aset.
1 unit saham bernilai RM100, caj fi pengurusan RM10. Ahli koperasi bebas untuk memegang seberapa unit saham yang dikehendaki.
Kelebihan sebagai pemegang saham yang banyak dalam koperasi adalah dari segi dividen. Lagi besar jumlah saham yang anda miliki, bermakna lagi tinggi pulangan dividen yang bakal anda perolehi.
DAFTAR SEKARANG & PILIH JUMLAH SYER ANDA DIBAWAH